Nai Tinta Galeria
Tuesday, March 1, 2011
remaja muslimah-trend semasa
peliknya, ada juga para wanita di luar sana yang tidak bersetuju dengan penampilan muslimah ini..kata mereka kebanyakan remaja yang bertudung bukan ikhlas,tapi lebih kepada mengikut trend fesyen semasa..
bagi saya selaku pemerhati fesyen..tidak ada salahnya fenomena ini..sedikit sedikit lama lama jadi bukit..mungkin mulanya niat kerana ingin cantik dan mengikut arus fesyen..tapi lama kelamaan percayalah dengan sendirinya penampilan muslimah itu akan membuatkan pemakainya merasa malu jika peribadi tidak seiring dengan penampilan diri.
justeru fesyen yang trendy juga satu cabang dakwah dengan cara yang tersendiri...
apapun,disini peranan para penglibat dalam industri fesyen muslimah penting dalam mencorakkan penampilan muslimah agar tidak caca merba..
basicnya..jangan rosakkan islam dengan cara penampilan remaja muslimah yang salah, antaranya yang selalu saya lihat di jalanan, remaja kita berpakaian terlalu santai, baju lengan pendek..tapi bertudung, bertudung tapi nampak bahagian leher dan dada terbuka..dan ada juga gaya tudung di matchkan dengan legging..thhree quater pula tu.
dengan gaya gaya yang tidak kena gaya ini..akan membuatkan masyarakat mengecam imej berpakaian muslimah keseluruhannya.
so..to all muslimah yang dikasihi..berfesyen juga pellu belajar..bukan senang nak nampak menarik..sama sama kita cuba kearah muslimah sempurna ya...

0 Comments:
Post a Comment
<< Home